Wednesday 28 January 2015

Yusry, Lisa Surihani Bakal Timang Anak Sulung





Sebelum ini, ramai peminat tertanya tertanya dengan khabar angin yang tersebar di laman sosial berkenaan pasangan selebriti terkenal Malaysia, Yusri Abdul Halim dan Lisa Surihani diberikan kepastian iaitu mereka sah bakal menimang cahaya mata pertama tahun ini.

Pengumuman gembira ini dibuat Yusri sendiri ketika majlis pelancaran trailer terbaharu filem Cicakman 3 di Pavillion, Kuala Lumpur pada Rabu.
Yusry berkata pelbagai teori tidak benar didapati terbit apabila dia dan Lisa mendiamkan diri berkenaan berita ini termasuk kononnya mereka terikat dengan kontrak eksklusif dengan stesen TV sedangkan punca sebenar adalah ia terlalu awal untuk diumumkan.
Mengulas lanjut tentang berita ini yang sudah bertebaran di laman sosial sejak Isnin lalu namun dibiarkan tanpa jawapan, Lisa turut menjelaskan mereka hanya mengikut adat orang tua-tua supaya jangan cepat sangat berkongsi berita kehamilan.
Atas sebab ini juga, mereka enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat berkaitan cahaya mata sulung yang sedang dikandungkan.
Yusry dan Lisa mendirikan rumahtangga pada 23 Februari 2012 di Hotel Marriott, Putrajaya.
Ini merupakan perkahwinan kedua buat Yusry selepas bercerai dengan artis terkenal, Erra Fazira pada 2006 tanpa dikurniakan anak.

Tahniah buat Yusry & Lisa Surihani.

1 comments :

  1. DIJAMIN ANDA AKAN BERMAIN DENGAN AMAN!!!
    Dengan Pelayanan Yang Sangat Cepat Dan Nonstop 24jam Dijamin Anda Tidak Akan Kecewa..

    Info Lebih Lanjut Bisa Hub kami Di :
    YM1 : bola.vita@yahoo(.)com
    wechat : bola vita
    line : bola vita
    whatsup : (62)813.7705.5002
    BBM: D8C363CA (NEW), D8DB1C57(NEW), D1A1E6DF (FULL),
    www,bolavita,co

    TUNGGU APALAGI!!! KUNJUNGI WEBSITE KAMI DAN RASAKAN UNTUNGNYAAAA!!!

    ReplyDelete