Wednesday, 28 January 2015

MasyaAllah! Pemain Bola Sepak Jerman Umum Peluk Agama Islam


Seorang pemain bola sepak Jerman bernama Danny Blum yang mengumumkan telah memeluk agama Islam dan menyifatkan agama ini sebagai sumber kekuatan kepada dirinya.

“Islam memberi saya harapan dan kekuatan. Solat menenangkan jiwa saya,” beritahu Blum kepada akhbar Bild pada hari Isnin lalu.
Blum yang menyertai FC Nurnberg di Bavaria sejak Julai lalu juga pernah mengalami kecederaan lutut dan terpaksa berehat selama enam bulan.
Bagaimanapun, beberapa minggu yang lalu pemain bola sepak ini akui mengambil keputusan untuk memeluk islam setelah tertarik agama ini ketika dalam lawatannya ke sebuah masjid.
“Saya ada melawat sebuah masjid dan entah mengapa saya terus tertarik untuk mengetahui lebih dalam mengenai agama ini.” kata Blum.
Jejaka berusia 24 tahun ini akui sedang belajar mengamalkan ajaran agama Islam seperti solat dan pengambilan makanan halal.
Menurut Blum, pada mulanya dia gusar dan takut keputusannya memeluk agama Islam dihalang oleh ibu bapanya namun berita tersebut disambut baik oleh keluarganya.
“Mereka adalah orang Kristian yang taat. Tetapi tidak lama selepas itu mereka berkata yang saya perlu berbuat demikian jika saya percaya bahawa Islam adalah agama betul,” katanya.
Kisah Danny Blum yang memeluk agama Islam ini heboh diperkatakan oleh media barat. 

22 comments :

  1. Alhandulillah Selamat Datang Ke Dunia Islam...

    ReplyDelete
  2. Allahambdulilahh..insan trpilih..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah syukur kehadratMU ya Allah.....masih ada lagi insan yang mendapat syafaat dan hidayah disisiMu.....

    ReplyDelete
  4. alhamdulilah ..tapi knape siku die ade tatu lagi

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. dia kan baru msuk islam... even tatoo penoh skli pun.. lps msuk islam die tu lg suci dr kite yg dah islam sjk azali.. adei

      Delete
  6. mmg siku dia msih ada tatoo...dia kn baru je masuk islam...mgkin satu hari nanti dia akan buang tatoo tu...yg pnting dia masuk islam dia ikut ajaran islam apa yg boleh dan apa yg tak boleh di lakukan...selebihnya antara dia dengan Allah...

    ReplyDelete
  7. Saya taktau betul ke tak,tapi.....Tapi kalau proses untuk membuang tatu tu memudaratkan,tak wajib buang..Insyaallah solat diterima allah..Saya ni baru 13 tahun taktaulah betul ke tak..Wallahualam

    ReplyDelete
  8. Tatu tu semasa dia belum islam,jahil kalau nak buang tatu tu proses menyakitkan dan memberi mudarat pada diri takyah buang..

    ReplyDelete
  9. tato tak wajib buang sbb prosesnya amat menyakitkan dan memudaratkan tubuh... islam agama yg mudah dan tak memudaratkan... in sha Allah solatnya di terima jika solat dgn cara yg betul.... islam adalah agama yg terbaik....

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah. Jangan tatoonya dijadikan isu sbb hukumnya ada. Allah maha adil. Allahuakbar!

    ReplyDelete
  11. Dia bertattoo sebelum dia islam. Skrg dia dh islam, dia x diwajibkan untuk buang tattoo tu krana prosesnya memudaratkan tubuh badan. Perbetulkan saya jika salah.

    ReplyDelete