Wednesday, 28 January 2015

Rita Rudaini Akui Aidil Masukkan Wang Nafkah Anak-Anak Secara Konsisten



Sebelum ini nama Aidil Zafuan menjadi sensasi berhubung kes tuntutan nafkah bekas isterinya, Rita Rudaini. Namun di dalam perbicaraan semalam, Rita Rudaini telah membuat pengakuan yang bekas suaminya itu berjaya memasukkan wang sebagai nafkah anak-anaknya secara konsisten sepanjang tahun 2013. 


Menurut Rita Rudaini, untuk tahun 2012, Aidil tidak konsisten memasukkan wang bernilai RM1,500 ke RM2,000 untuk digunakan oleh anak-anaknya. Namun bermula tahun 2013, setiap bulan tanpa gagal Aidil telah memasukkan RM2,000 ke dalam akaun bank Rita Rudaini. 
Kepada anda yang ragu-ragu dan mempersoalkan sama ada Rita Rudaini menggunakan duit nafkah anak-anaknya itu untuk kegunaan sendiri, ini jawapan daripada Rita:-
Biarlah orang kata apa sekalipun, yang tahu perkara sebenar hanya saya, Aidil dan Allah S.W.T.. Saya minta duit daripada bekas suami bukan untuk diri saya, sebaliknya untuk anak-anak. Jangan risau kerana wang yang diberikan itu sebenarnya tidak cukup dan saya harus menambah wang saya sendiri untuk perbelanjaan mereka. Jika hidup di Perlis, RM3,000 itu sudah terlebih cukup tetapi saya tinggal di Kuala Lumpur, sudah tentu kos sara hidup amat tinggi.

Apapun, semoga semua nya selesai dengan keadaan baik. 

0 comments :

Post a Comment