Friday 30 January 2015

Papan Tanda Bahasa Inggeris Yang Hancur Terjemahannya



USAHA pihak berkuasa mendirikan papan tanda sebagai peringatan atau amaran kepada orang awam sememangnya langkah wajar bagi membendung perkara tidak diingini.
Pun begitu, sebuah papan tanda yang didirikan di Kuala Terengganu menimbulkan kemusykilan dan tanda tanya ramai yang melihatnya.
Mana tidaknya, papan tanda itu mempunyai kesalahan dari segi terjemahan bahasa Inggeris.
“Kawasan ini tidak selamat untuk mandi dan berenang” didapati diterjemah sebagai “This region did not survive to bathe or swim”.
“Kesalahan satu atau dua ejaan masih boleh diterima, tetapi dalam kes ini, keseluruhan ayat dan perbendaharaan kata yang digunakan jauh daripada menepati maksud ayat dan menyalahi tata bahasa Inggeris,” kata seorang pengirim.
Lebih parah, papan tanda melarang orang mandi manda di kawasan pantai tersebut didirikan di kawasan pelancongan yang dikunjungi oleh pelancong tempatan dan luar negara.
Ini sekaligus boleh mendatangkan persepsi negatif terhadap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan rakyat Malaysia.
Apa yang menimbulkan tanda tanya, papan tanda arahan berkenaan dikeluarkan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.
Bukan hendak menunding jari pada mana-mana pihak namun pihak berkaitan seharusnya peka dalam melaksanakan tugas seumpama ini kerana ia boleh menjejaskan imej negeri dan malah, negara juga.

1 comments :

  1. DIJAMIN ANDA AKAN BERMAIN DENGAN AMAN!!!
    Dengan Pelayanan Yang Sangat Cepat Dan Nonstop 24jam Dijamin Anda Tidak Akan Kecewa..

    Info Lebih Lanjut Bisa Hub kami Di :
    YM1 : bola.vita@yahoo(.)com
    wechat : bola vita
    line : bola vita
    whatsup : (62)813.7705.5002
    BBM: D8C363CA (NEW), D8DB1C57(NEW), D1A1E6DF (FULL),
    www,bolavita,co

    TUNGGU APALAGI!!! KUNJUNGI WEBSITE KAMI DAN RASAKAN UNTUNGNYAAAA!!!

    ReplyDelete