Saturday 31 January 2015

Binatang Misteri yang Ditemui di Sibu Sarawak adalah Beruang Matahari



Kuching: Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) mengesahkan binatang misteri yang ditemui pekerja ladang sawit di Bintangor, Sibu, pagi semalam, adalah Beruang Matahari.


Pengesahan itu dibuat selepas rakaman video berdurasi seminit 25 saat mengenai penemuan bintang itu tersebar dan menjadi viral dalam laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Pengurus Komunikasi Korporat SFC Elaine Tan berkata, binatang terbabit dilaporkan mengalami pelbagai penyakit menyebabkan berat badan menurun secara mendadak.

"Pasukan SFC akan mencari untuk menyelamatkan haiwan itu esok. Ini kerana kami tidak dapat masuk ke ladang berkenaan berikutan sebahagiannya masih ditenggelami air," katanya.

Sebelum ini, sekumpulan pekerja warganegara Indonesia terkejut apabila menemui binatang pelik ketika bekerja di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Bintangor-Sibu.

Binatang itu, dipercayai muncul secara tiba-tiba ketika mereka sibuk bekerja pada 10 pagi. -myMetro online

1 comments :

  1. DIJAMIN ANDA AKAN BERMAIN DENGAN AMAN!!!
    Dengan Pelayanan Yang Sangat Cepat Dan Nonstop 24jam Dijamin Anda Tidak Akan Kecewa..

    Info Lebih Lanjut Bisa Hub kami Di :
    YM1 : bola.vita@yahoo(.)com
    wechat : bola vita
    line : bola vita
    whatsup : (62)813.7705.5002
    BBM: D8C363CA (NEW), D8DB1C57(NEW), D1A1E6DF (FULL),
    www,bolavita,co

    TUNGGU APALAGI!!! KUNJUNGI WEBSITE KAMI DAN RASAKAN UNTUNGNYAAAA!!!

    ReplyDelete